Monday, February 7, 2011

kemahiran berfikir

FALASI

Falasi (kesilapan pada hujah) ialah kesilapan pada cara berfikir. (Barangkali, dalam bahasa Melayu, falasi bolehlah diistilahkan sebagai "kedustaan", namun kita akan gunakan istilah "falasi" sahaja). Salah satu aspek penting pemikiran kritis ialah mengenal pasti dan menangani falasi. Ada lebih 150 falasi yang telah dikenal pasti orang. 

JENIS-JENIS FALASI
1. "Saya percaya..."
Falasi ini merujuk kepada perbuatan berpegang kepada benarnya pelbagai perkara yang kita yakini. Perkara-perkara baru yang disampaikan kepada kita akan kita nilai berdasarkan kepercayaan itu. Kita cepat-cepat sangsi akan orang yang membawa laporan baru itu. Kita tidak memikirkan kemungkinan bahawa perkara baru yang dilaporkan itu mungkin lebih betul atau lebih tepat daripada apa yang kita yakini selama ini.

  2."Bagi saya..."
Falasi ini merujuk kepada beribu-ribu sikap yang kita punyai. Sikap ialah suatu keadaan mental apabila kita sentiasa siap sedia untuk bertindak balas berdasarkan nila-nilai peribadi kita sendiri. Kita awal-awal lagi telah membuat keputusan bahawa apa yang akan disampaikan orang kepada kita itu ialah sesuatu yang tidak betul. 

3. "Siapa dia?"
Falasi ini merujuk kepada perbuatan kita yang menolak sesuatu kerana kita tidak percaya kepada orang yang mengemukakannya. Falasi ini dinamai "ad hominem" (bahasa Latin = menentang orangnya). Falasi ini kita lakukan apabila kita menghentam peribadi orang itu dan bukan mengkritik ideanya. Kita mahu kurangkan wibawa orang itu supaya wibawa ideanya menjadi kurang. Contoh:
"Ah, apa yang dia tahu; dia bukannya orang seni yang sejati".
Falasi ini sering dinamai falasi ad hominem kesat (abusive ad hominem) untuk membezakannya dengan ad hominem "engkau pun sama" (lihat 25.3.1).

25.3.4 "Engkau pun sama!"
Satu lagi falsasi jenis ad hominem (menentang orangnya) ialah falasi ad hominem "engkau pun sama". Falasi ini berlaku seperti berikut: si A menuduh si B rasuah. Si B tidak menjawab tuduhan itu, sebaliknya menuduh si A juga rasuah. Akhirnya perbincangan berkisar kepada perbuatan rasuah si B dan tuduhan pertama yang si A rasuah dipinggirkan. Kalau kita rajin mengikuti perbincangan wakil-wakil rakyat kita, kita tentu akan dapat mentertawakan kualiti perbincangan mereka apabila kita melihatnya dari sudut falasi ini. Dalam bidang sastera, contoh yang dapat difikirkan ialah: si X menuduh si Y pemplagiat. Si Y menyerang balik dan mencuba membuktikan yang si X juga pernah melakukan plagiat. Perbuatan plagiat si Y mahu dilupakan melalui tuduhan baru itu. Dalam situasi sebegini, dua tuduhan itu sepatutnya ditangani secara berasingan, bukannya tuduhan yang kedua digunakan untuk menutup tuduhan yang pertama.

4. "Apa salah saya?"
Falasi jenis ini dinamai falasi kejahilan (Latin: argumentum ad ignorantium). Dikenali juga sebagai "falasi bukti negatif" atau "falasi memindahkan beban pembuktian". Falasi ini merujuk kepada perbuatan seseorang yang mempertahankan ideanya dengan mengatakan tidak ada bukti sahih yang ideanya salah. Falasi ini silap kerana mengandaikan bahawa "tidak ada bukti" ialah "bukti": Tidak ada bukti (yang dapat menentang ideanya) ialah bukti (bahawa ideanya betul). Falasi ini mengatakan sesuatu perkara itu betul kerana tidak ada bukti yang perkara itu salah. Contoh:
"Oleh sebab tidak ada orang yang membuat kritikan negatif terhadap puisi saya, maka semua orang berpuas hati dengan puisi saya".

25.3.6 "Selepas itu, maka..."
Falasi jenis ini ialah kesilapan berfikir yang paling kerap dilakukan. Falasi ini sentiasa melibatkan dua kejadian. Falasi berlaku kerana kita percaya bahawa peristiwa yang pertama (sebab) menyebabkan peristiwa yang kedua (akibat).
Dalam alam tabii, memang ada hubungan sebab-akibat yang harus diterima secara automatik. Misalnya:
Peristiwa 1: Dia makan.
Peristiwa 2: Dia menjadi kenyang.
Hubungan: Selepas dia makan, maka dia menjadi kenyang.

Namun, di luar daripada hukum alam tabii, tidak semua dua kejadian dapat dikaitkan sebagai sebab-akibat. Contoh 1:
Peristiwa 1: Dia berumah tangga.
Peristiwa 2: Dia berhenti menulis puisi.
Falasi: Oleh sebab dia berumah tangga, maka dia berhenti menulis puisi.
Hakikatnya, mungkin ada sebab lain yang dia berhenti menulis puisi, dan tidak semua orang yang berumah tangga berhenti menulis puisi.

Contoh 2:
Peristiwa 1: Dia menjadi ahli komuniti "Penyair".
Peristiwa 2: Puisinya tersiar di akhbar perdana.
Falasi: Oleh sebab dia menjadi ahli komuniti "Penyair", maka puisinya tersiar di akhbar perdana.






2

2

No comments:

Post a Comment